logo
logo
Founder of FrontierMedia, Fresh Printing and Cetak Kalendar Murah. Co-founder of HennaByEma.

Follow Me:

Syahmi Yem | Menyentuh Tanpa Tangan: Kuasai Emosi dan Hati Pelanggan
400
post-template-default,single,single-post,postid-400,single-format-standard,qode-social-login-1.0,qode-restaurant-1.0,ajax_fade,page_not_loaded,,select-theme-ver-4.1,side_area_slide_with_content,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.7,vc_responsive

Menyentuh Tanpa Tangan: Kuasai Emosi dan Hati Pelanggan

Ramai antara pemilik perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia yang mempunyai masalah untuk bersaing. Akhirnya mereka patah semangat dan menyerah kalah. Perkara ini salah satu sebab utama 90% perniagaan gulung tikar dalam masa lima tahun. Kalah dengan persaingan, sama ada dengan syarikat multinasional bernilai jutaan ringgit, ataupun jenama yang sudah bertahun-tahun menguasai pasaran.

Dalam proses pembangunan produk, penjenamaan sepatutnya menjadi salah satu fokus utama. Di dalam sesebuah produk atau servis, terdapat dua fungsi generik yang perlu diambil kira. Fungsi yang pertama adalah fungsi praktikal. Kebanyakan produk atau servis di dalam niche atau pasaran sasaran yang sama biasanya berkongsi fungsi praktikal yang sama. Fungsi praktikal, dalam bahasa mudah, adalah masalah yang diselesaikan oleh sesuatu produk atau servis itu. Sebagai contoh, lampin pakai buang A dengan lampin pakai buang B mempunyai fungsi praktikal yang sama, iaitu untuk memudahkan ibu bapa menguruskan anak-anak dengan mudah dan pantas. Jadi apa yang membezakan antara jenama A dan B?

Fungsi kedua produk atau servis tersebut, fungsi emosi, adalah satu-satunya perkara yang akan menggambarkan perbezaan antara jenama A dan jenama B. Apakah fungsi emosi?

Fungsi emosi sesuatu jenama adalah jenis perasaan atau emosi yang dibangkitkan dalam diri pengguna apabila mereka menggunakan produk atau servis sesuatu jenama. Apakah emosi yang cuba dibangkitkan oleh produk anda? Apakah emosi yang akan dirasakan oleh pelanggan apabila mereka menggunakan jenama anda? 

Salah seorang daripada klien saya merancang untuk membentuk sebuah jenama yang premium dan ekslusif. Tapi premium dan ekslusif bukan emosi. Jadi, apa emosi yang cuba dibangkitkan oleh jenama beliau? Pelanggan bagi produk dan jenama beliau akan berasa puas hati dengan persembahan, pembungkusan dan rekabentuk produk beliau, walaupun perlu membayar dengan harga yang premium.

Fungsi emosi boleh digunakan dengan tiga stimuli deria. Stimuli yang pertama adalah penglihatan. Produk itu perlu mempunyai persembahan yang mampu membuatkan pengguna memandang dua kali. Produk itu perlu mempunyai rekabentuk yang mampu membuatkan pengguna yang sedang berjalan, berhenti, lalu membeli.  Jenama yang baik perlu mempunyai rekabentuk yang cantik dipandang dan tidak kelihatan mengganggu apabila diletakkan di mana-mana. Jenama yang baik itu perlu mampu untuk ‘fit in’ dalam apa jua persekitaran.

Stimuli yang kedua pula adalah sentuhan. Material yang kita gunakan sebagai pembungkusan produk memainkan peranan penting di sini. Cuba anda bayangkan satu produk yang cukup sempurna, cantik dipandang dan dipegang. Sentuhan ajaib itu boleh menukarkan daripada seorang prospek yang masih ragu-ragu dengan keputusan pembelian kepada pembeli tegar produk anda.

Stimuli yang ketiga pula adalah bau atau rasa. Ini adalah satu kriteria bonus yang cuma ada pada produk yang berbau/ mempunyai rasa seperti produk makanan, minuman dan produk kosmetik. Letakkan diri kita di dalam diri pengguna yang baru pertama kali terserempak dengan produk anda, apakah emosi yang akan anda rasa? Adakah dengan merasa/menghidu produk tersebut anda akan merasa lebih segar, lebih gembira atau bertenaga? Bangkitkan emosi pengguna anda melalui produk dengan cara mengawal selia ketiga-tiga stimuli ini.

Akan ada yang berkata, penjenamaan tidak penting, asalkan kita menjalankan pemasaran yang mantap. Hakikatnya, penjenamaan perlu bergerak seiring dengan pemasaran, atau yang lebih baik, bina jenama yang kukuh dan berkredibiliti dahulu sebelum melabur duit untuk pemasaran. Integrasikan pemasaran ke dalam jenama anda; jadikan semua elemen dalam penjenamaan anda mempunyai tujuan pemasaran masing-masing, salah satunya, membangkitkan emosi. Gunakan psikologi untuk menjalankan pemasaran. Pemasaran yang dijalankan tanpa penjenamaan yang baik hanyalah satu pembaziran yang sia-sia.

Jadi, untuk kebaikan perniagaan/syarikat/produk/servis anda, apa emosi yang anda nak pelanggan anda rasa?

Syahmi Yem
Pemecut Tangga Kejayaan

No Comments

Post a Comment