05
Oct

Facebook Ads: Tawan Hati Pelanggan Dalam 8 Saat?

Untuk lebih memahami bagaimana cara terbaik untuk mengenalpasti pelanggan anda di Facebook, anda perlu tahu berapa lama pengguna Facebook meluangkan masa di platform ini.

Ada laporan yang menyatakan secara purata, seseorang itu menghabiskan 5 jam sehari untuk menggunakan alat komunikasi bimbit dan hampir 50 minit (atau lebih) hanya untuk platform sosial media seperti Facebook dan Instagram.

50 minit inilah yang akan menentukan sama ada anda berhak untuk mendapat perhatian daripada pengguna Facebook. Sayangnya, tahap tumpuan manusia pada hari ini hanyalah 8 SAAT sahaja. Anda cuma ada masa 8 saat untuk memberi peluang kepada bakal pengguna anda melihat iklan anda, dengan kandungan-kandungan lain seperti gambar, video, mesej, dan iklan yang semakin sarat di Facebook, persaingan mendapatkan tumpuan pengguna anda kini semakin sukar!

Jadi, bagaimanakah sesuatu kedai jualan online boleh memenangi hati pelanggan dalam lautan ‘content’ yang luas ni?

Bahagian Bawah Corong: Facebook Retargeting

Facebook Retargeting memboleh pengiklan mengembalikan fokus mereka kepada minat mereka. Pernahkan anda mencari sesuatu produk di Lazada, atau harga tiket kapal terbang ke sesuatu tempat, dan apabila anda membuka Facebook, produk atau tiket kapal terbang itu keluar di Facebook anda?

Fungsi ini adalah fungsi yang paling mudah dan efisyen bagi pengiklan, kerana fungsi ini membolehkan penjual menunjukkan kembali produk yang di’window shopping’ oleh bakal pelanggan mereka di laman web mereka. Sangat berkesan!

Anda perlu tahu, bukan secara kebetulan iklan kamera atau telefon bimbit itu muncul di timeline anda. Facebook Retargeting adalah satu strategi yang kompleks dan berkesan, yang sering digunakan oleh pengiklan untuk mengingatkan pengguna tentang produk mereka. Ibarat bila kita tembak sekali tapi tak kena, kita tunggu dia datang balik untuk cuba tembak semula (contoh ya, contoh).​

Baiklah, sebagai contoh yang lebih jelas (dan bertamadun):

Minggu lepas, pada hujung minggu yang panjang, saya membuka laman web Malaysia Airlines untuk mencari tiket Business Class ke Kota Kinabalu dan Singapura. Tapi setelah memikirkan semula pembaziran yang bakal berlaku, saya menahan dulu keinginan saya.

Semalam, sewaktu saya melayari Newsfeed Facebook saya, saya ternampak iklan yang menawarkan harga promosi untuk tiket Business Class Malaysia Airlines. Kejam sungguh permainan mereka! Alhamdulillah iman saya masih kuat (amin).

Tiket Business Class dengan potongan 50%? Dah dah la tu Malaysia Airlines, dah nak move on dah ni.

Bahagian Atas Corong: Kesedaran Jenama

Sebelum ni kita bincangkan tentang ‘bakal pelanggan’ yang dah berjaya masuk dalam corong jualan kita. Sikit dan spesifik, tapi serius, berkesan!

Macam mana dengan bahagian atas corong jualan? Pukal dan umum?

Perlu anda faham kesedaran jenama adalah untuk beritahu orang yang tak tahu, bahawa anda menjual produk ini, anda membuat servis ini. Inilah jenama anda, dan kalau berminat, jemputlah ke page anda. Faham kan?

Pengiklanan Facebook yang berjaya biasanya bergantung kepada kemampuan anda untuk membina kumpulan sasaran; maknanya, biar iklan anda sampai kepada pengguna yang betul, dengan iklan yang berkualiti, pada masa yang tepat.

Pengguna ideal adalah bergantung kepada kriteria yang ditetapkan oleh pengiklan berdasarkan:

  • Custom Audiences
  • Lokasi
  • Umur
  • Jantina
  • Bahasa
  • Connections
  • Detailed targeting (atau mereka yang termasuk di dalam sesuatu demografik, minat atau tingkah laku mereka sewaktu online)


Bergantung kepada anda sebagai pengiklan untuk menentukan apakah ciri-ciri pelanggan ideal untuk iklan anda, dan menggabungkan dua atau lebih ciri-ciri tersebut mengikut objektif anda.

Kalau ada satu perkataan yang saya perlu sebutkan untuk Facebook Ads, saya akan memilih SPESIFIK. Lebih spesifik pasaran sasaran kita, lebih mudah kita mencapai pelanggan yang berkualiti.

Kemampuan anda untuk mengenalpasti pelanggan ideal anda (mengikut objektif iklan) adalah perkara yang paling penting dalam platform ini.

Dengan Facebook targeting options, anda mampu menarik pelanggan berdasarkan kepada minat mereka, sama ada filem kegemaran, muzik kegemaran, pasukan bola sepak, dan / atau restoran yang mereka suka!

Anda juga boleh memanipulasi maklumat mereka berdasarkan taraf pendidikan, dan perkara-perkara penting dalam hidup mereka seperti pertunangan (dalam masa 6 bulan atau setahun!).

Encik Syahmi Yem
Pemburu Pelanggan Ideal