28
Oct

3 Matlamat dan KPI untuk Analisis Media Sosial

“Apa guna kos Facebook murah? Padahal jualan sikit je. Buat FB Ads ribu-ribu, dapat 0.0000002 sen per engagement tapi sales kelaut.”

Analisis media sosial amat penting untuk sesebuah perniagaan. Tapi apa matlamat dan KPI (Key-Performance Index) yang kita perlukan? Dan.. Kenapa?

Perniagaan atau syarikat yang cuba untuk mendapatkan pemasaran media sosial yang berkesan perlu bermula dengan dua soalan ini – dan daripada pengalaman saya, ini adalah tiga perkara penting dalam menganalisis keberkesanan media sosial kita.

Mulakan Dengan Matlamat.

Anda tak boleh pilih apa KPI anda sekiranya anda tidak memilih matlamat perniagaan anda.

KENAPA anda buat akaun Facebook/Twitter/Instagram? Bagaimana platform pemasaran ini boleh membantu anda mencapai matlamat?

Sebagai contoh, kebanyakan klien kami menggunakan Facebook untuk mendapatkan ‘lead’ atau meningkatkan kesedaran jenama; mereka menggunakan Facebook untuk menambahkan like, followers, pelanggan atau untuk mencapai sejenis ‘conversion’ bagi membuat sesuatu jualan.

MATLAMAT mereka disini adalah untuk meningkatkan jumlah likes atau followers di media sosial, manakala KPI mereka pula adalah penanda aras yang spesifik bagi menampakkan kejayaan sesuatu matlamat.

“Kita perlu meningkatkan like di Facebook page sebanyak 100 likes sebulan, untuk meningkatkan kesedaran jenama.”

Kami dapati kebanyakan klien kami mempunyai tiga jenis matlamat yang ingin mereka capai dengan analisis pemasaran media sosial mereka, iaitu:

  • Awareness
  • Engagement
  • Conversion

Ini adalah antara tiga matlamat dan KPI yang paling biasa digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk menganalisis media sosial mereka.

Anda perlu faham dengan lebih lanjut tentang objektif dan KPI bagi setiap jenis.

Awareness

Saya tak berapa gemar untuk fokus kepada metrik dan parameter yang sia-sia, yang biasanya digambarkan dengan jumlah likes/followers, tapi masih diperlukan sebagai penggerak perkembangan komuniti dan tidak boleh dibiarkan sahaja.

Dua cara untuk kita fahami matlamat kita dari segi ‘awareness’:

  1. Perkembangan Komuniti: Peningkatan dari segi likes dan followers di media sosial
  2. Trafik: Peningkatan trafik daripada media sosial kepada laman web atau blog anda

Setiap klien mempunyai KPI yang berbeza untuk menetapkan dan mencapai matlamat, jadi saya lebih selesa menggunakan templat sedia ada untuk membentuk dan mengenalpasti metrik ini dari bulan ke bulan, tahun ke tahun.

Engagement

Semua orang sepatutnya tahu, kalau anda sanggup luangkan masa dan keluarkan duit untuk buat pemasaran di media sosial, anda mestilah nak tengok bakal pelanggan anda untuk berinteraksi dengan anda di media sosial.

Sekali lagi, hati-hati dengan metrik dan parameter yang sia-sia, jadi anda mesti menetapkan matlamat dan KPI untuk mendapatkan ‘engagement’ dan berinteraksi dengan bakal pelanggan anda.
Contoh-contoh Engagement (Interaksi) yang berkualiti:

  • Maklumbalas tentang produk/jenama
  • Review
  • Penggunaan hashtags
  • Check-ins (untuk premis perniagaan)

Walaupun anda berjaya mendapatkan engagement yang tinggi (yang turut membantu mewujudkan awareness), anda mungkin masih berfikir.. Dimana duit anda akan masuk?

Di sinilah kepentingan conversion.

Conversions

Saya tak rasa saya pernah ada seorang klien atau pelajar yang tidak bertanya tentang ROI (return on investment), pulangan atas pelaburan dengan apa yang mereka belanjakan di media sosial.

Sama macam matlamat yang lain, conversion boleh mengaburi mata anda. Kalau anda dapat 1,000 nombor telefon dan emel daripada mereka yang berminat, tapi seorang pun tak sangkut untuk menjadi pelanggan anda yang membayar, anda cuma ada 1,000 conversion yang tidak memberikan apa-apa ROI.

Nisbah conversion anda mungkin sedikit sukar untuk dikesan, tapi saya dapati klien lebih berminat dengan pemasaran media sosial sebagai satu platform untuk berinteraksi dengan bakal pelanggan, kerana bakal pelanggan lebih mudah ditukarkan kepada pelanggan jika kita mempunyai maklumat diri mereka.

Matlamat dan KPI Lain

Secara jujurnya, kebanyakan pelanggan kami datang daripada pengiklanan media sosial berbanding dengan capaian organik.

Tapi ini tak lah bermakna kita tak dapat apa-apa daripada kandungan media sosial, tapi pos-pos kami adalah untuk meningkatkan awareness dan engagement, manakala pengiklanan berbayar kami pula adalah untuk membuat jualan.

Anda perlu berusaha untuk mengenalpasti matlamat dan KPI lain yang anda perlukan. Sebagai contoh:

  • A/B/C testing
  • Mengenalpasti pattern / trend
  • Membuat perubahan-perubahan kecil

Ada beratus-ratus cara untuk anda cuba bagi mengenalpasti metrik dalam media sosial, jangan terlalu spesifik dengan ukuran anda.

Kongsikan jika bermanfaat! Atau tak perlu kongsikan kalau berat sangat. 

Syahmi Yem
​Bukan Sifu