logo
logo
Founder of FrontierMedia, Fresh Printing and Cetak Kalendar Murah. Co-founder of HennaByEma.

Follow Me:

Syahmi Yem | Cambridge Analytica, Facebook dan Demokrasi Dunia Digital
489
post-template-default,single,single-post,postid-489,single-format-standard,qode-social-login-1.0,qode-restaurant-1.0,ajax_fade,page_not_loaded,,select-theme-ver-4.1,side_area_slide_with_content,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.7,vc_responsive

Cambridge Analytica, Facebook dan Demokrasi Dunia Digital

Apa Sebenarnya yang Berlaku?

Hujung minggu lepas, The New York Times dan The Guardian telah melaporkan satu skandal membabitkan kebocoran 50 juta maklumat peribadi pengguna Facebook oleh sebuah firma di United Kingdom yang bernama Cambridge Analytica. Data ini dikatakan telah digunakan untuk mempengaruhi pilihanraya Amerika Syarikat bagi mengangkat Donald Trump sebagai presiden.

Pada bulan Jun 2014, ada seorang researcher yang bernama Alexandr Kogan telah membangunkan sebuah ‘kuiz personaliti’ menggunakan kemudahan aplikasi di Facebook. Lebih kurang 270,000 orang telah meng’install’ apps tersebut di akaun Facebook mereka. Sama jugak macam app developer yang lain waktu tu, Kogan boleh akses data pengguna yang install aplikasi tu, dan jugak data kawan-kawan pengguna tersebut. Dan bila aplikasi tu dapat semua maklumat pengguna ni, maklumat tu semua tak didelete serta merta, tapi disimpan dalam sebuah server private.

Semua maklumat tu diberikan pula kepada Cambridge Analytica, yang membolehkan syarikat tu buat lebih kurang 30 juta psychograpic profile untuk pengguna-pengguna Facebook.

Kaitan Cambridge Analytica dengan Donald Trump

Cambridge Analytica pula dibayar USD15 juta oleh seorang penyokong Republican, dan dikatakan menggunakan data 50 juta pengguna Facebook untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya Amerika Syarikat pada tahun 2016. Tapi macam mana data-data tu boleh bagi kesan kepada pilihanraya?

Penggunaan Big Data dalam Penyebaran Maklumat

Isu dalam penggunaan maklumat digital ni agak rumit untuk dibincangkan, jadi kita cuba olahkan dalam bentuk yang mudah. Contoh yang paling ringkas adalah Lazada, tempat anda buat perbandingan harga barang sebelum buat pembelian online. Kalau kita gunakan akaun emel yang sama untuk akaun Lazada dan Facebook, atau login di Lazada dengan menggunakan butang ‘Login With Facebook’, dua platform ini akan dapat maklumat tentang apa yang kita buat di Facebook dan Lazada. Jadi jangan terkejut kalau anda nampak iklan barang dalam Wishlist Lazada anda di Facebook, dan produk yang anda like di Facebook keluar di Lazada.

Semua data-data ni juga akan digunakan untuk membuat profiling dan menentukan dalam kategori mana anda akan dimasukkan. Algoritma Facebook pula akan menyasarkan anda dengan kandungan News Feed mengikut apa yang anda like, comment atau share di Facebook. Matlamat Facebook adalah untuk memberikan anda maklumat yang releven dengan apa yang anda suka. Macam mana Facebook boleh tahu apa yang anda suka? Melalui engagement, atau tindakan yang anda buat sewaktu anda menggunakan Facebook.

Sebagai contoh, anda selalu komen dan like di page Siakap Keli. Jadi anda akan nampak lebih banyak kandungan daripada page tersebut. Anda pernah like page Ayahanda Rani Kulup dua tahun lepas, tapi anda tak bukak pun page tersebut dan anda tak pernah like, komen atau share apa-apa pos pun daripada page tersebut. Jadi walaupun pun tersebut masih aktif dan pos kandungan baru hari-hari, anda akan nampak kandungan tersebut keluar di News Feed anda dengan sangat jarang.

Semua platform online yang kita biasa guna, guna konsep yang sama untuk algoritma mereka. Platform macam Google dan Twitter pun akan kenalpasti apa yang kita suka dan bagi kita lebih banyak benda yang kita suka.

Fungsi Data Digital Untuk Mempengaruhi Keputusan

Buat seketika kita tinggalkan dulu tentang iklan berbayar Facebook Ads dan bisnes online. Kita cuba tengok macam mana benda-benda yang keluar di News Feed anda boleh mempengaruhi anda buat keputusan.

Masalah dengan apa yang Facebook buat dengan data anda adalah dua kesan yang memang efektif. Yang pertama, Facebook akan guna data untuk menguatkan kepercayaan atau prinsip anda dan yang kedua, Facebook juga boleh gunakan data untuk menukarkan kepercayaan atau prinsip anda. Dua-dua akan makan masa dan memerlukan profiling yang tepat untuk berfungsi dengan efektif.

Contohnya, ini tahun pertama anda mengundi. Anda suka betul dengan Parti Politik A (PPA). Jadi anda like lebih kurang 6 atau 7 Facebook page yang pro-PPA. Anda like juga Facebook page Parti Politik B (PPB), tapi cuma dua page, dan page-page tu pun anda jarang bukak, komen dan share sebab takut dipanggil macai PPA oleh netizen dan kawan-kawan Facebook anda.

Facebook akan tengok ‘behavior’ ni dan macam, ‘Hmm, okay kita jadikan dia pengikut tegar PPA.’ Jadi algoritma Facebook akan menunjukkan kepada anda semua pos-pos pro-PPA dan pos-pos anti-PPA akan dibenamkan jauh-jauh daripada News Feed anda.

Benda yang sama boleh jugak digunakan untuk ubah apa yang anda percaya. Contohnya, anda percaya yang bumi sebenarnya berbentuk cendawan, dan bukannya berbentuk belon. Jadi pos-pos di Facebook akan  keluar beramai-ramai untuk membantu menguatkan kepercayaan anda yang bumi berbentuk cendawan. Bermula daripada apa yang anda nampak di News Feed Facebook anda, sehinggalah kepada kawan-kawan baru yang Facebook cadangkan untuk anda add. Semuanya geng-geng bumi cendawan!

Jadi Apa yang Boleh Kita Buat?

Sebenarnya dah terlambat untuk kita buat apa-apa. Information overload di Facebook tak boleh kita kawal. Siasatan Cambridge Analytica ni akan jadi satu titik tolak perubahan sistem penggunaan data peribadi dalam dunia digital anda. Terma dan Syarat yang panjang berjela tu pun kita tak baca kan? Terus klik Accept.

Apa yang kita boleh buat adalah tapis apa yang dipaparkan kepada kita. Pilih sumber maklumat dan cari maklumat daripada banyak sumber-sumber lain. Pastikan apa yang kita baca tu betul dan gunakan kelebihan akal fikiran yang Tuhan dah bagi untuk pastikan apa yang kita tahu tu betul.

Kalau benda yang kita guna tu tak ada produk dan percuma, kitalah produknya.

 

Syahmi Yem

Facebook Enthusiast

No Comments

Post a Comment